as

as

Jumat, 24 Februari 2012

BANDUAN

Banduan

Aku, seperti seorang banduan
cuma yang membelenggu diri ini
bukanlah gari di tangan
tapi jaringan emosi
yang bersarang di fikiran
yang pasti
aku sudah tidak betah lagi
dengan pendirian ini
seringkali goyah
diduga sejentik, berkecai seribu
soal hati ini jadi tidak menentu
lantas...
lesu
minda berkabusan
hati kebimbangan
jiwa ketandusan
aku lengar!
leraikanlah Ya Rabbi!
suntikkan kekuatan iman
biar bergolak, membuak,
melawan api nafsu
biar lelahku dalam pencarian
asalkan tepat pilihan
kerana yang aku inginkan
adalah dia
yang dapat menggenggam
jemariku
ke arah cinta-Mu...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar